DK WP2020
previous arrow
next arrow
Slider

KENYATAAN MEDIA

MEDIA SOSIAL

Facebook

Istana Negara
Istana Negara3 days ago
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lbni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh keluarga tokoh wartawan Datuk Ahmad A. Talib, 69, yang telah meninggal dunia hari ini selepas bertarung dengan barah hati.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan juga harapan agar keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu ini.

Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada dunia kewartawanan negara amat dihargai dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar pada negara.

Allahyarham merupakan bekas Pengarah Operasi Berita dan Editorial Kumpulan Media Prima Bhd (MPB) dan pernah berkhidmat di New Straits Times Press (NSTP) serta dilantik sebagai pengarah eksekutif, Meja Berita dalam Lembaga Pengarah NSTP pada tahun 2009 dan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Kerjaya Allahyarham sebagai wartawan bermula dengan Bernama pada tahun 1972, diikuti dengan Business Times (Malaysia) Sdn Bhd (dahulunya Kewangan Penerbitan Sdn Bhd) (1978) dan Berita Harian (1985).

Allahyarham pernah menyandang jawatan
Penolong Pengarang Berita Harian (1987);
Pengarang Berita New Straits Times; Ketua
Pengarang Berita, Pengarang Bersekutu dan Penolong Pengarang Kumpulan (1991-1996).

Seterusnya, Allahyarham dilantik sebagai Pengarang Kumpulan, New Straits Times (1998), Pengurus -Besar Kumpulan dan Komunikasi dan Pemasaran Editorial (2004).
Istana Negara
Istana Negara4 days ago
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bersama anakanda Baginda YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah (kanan) dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara semalam.

#tunkuazizah #ourqueen #eidmubarak #royal #malaysia #istananegara
Istana Negara
Istana Negara5 days ago
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menerima kunjungan ahli keluarga dan kerabat-kerabat Diraja Pahang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara hari ini.

#agongkita #aidilfitri #eidmubarak #royal #malaysia #istananegara #staysafe
Istana Negara
Istana Negara5 days ago
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bergambar bersama cucunda Baginda Tengku Adam Ibrahim Shah (kanan) dan Tengku Sulaiman Abdullah Shah di Istana Negara.

#aidilfitri #eidmubarak #permaisurikita #royal #malaysia
Istana Negara
Istana Negara5 days ago
24 Mei 2020 - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Surau Utama Istana Negara hari ini.

Solat Sunat Aidilfitri tersebut diimamkan oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abdul Aziz Che Yacob dan melibatkan seramai 30 orang jemaah yang terdiri daripada kakitangan Istana Negara.

Berikutan pelaksanaan dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Seri Paduka Baginda dan keluarga meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, bukannya di Kuantan, Pahang seperti kelazimannya.

Seri Paduka Baginda menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama berdoa semoga negara kita sentiasa berada di bawah perlindungan dan wabak ini dapat dibendung serta diakhiri dengan berkesan dan segera.
Istana Negara
Istana Negara6 days ago
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di negara ini mahupun di luar negara.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar seluruh umat Islam terus bersabar dan tidak merasa gusar serta sedih kerana tidak dapat meraikan hari yang bermakna ini seperti kelazimannya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan terdahulu PKP, sejak dua bulan yang lepas, untuk mengekang ancaman penularan wabak Covid-19.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar umat Islam bersyukur kerana masih lagi diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyambut Aidilfitri dengan keluarga tercinta.

Seri Paduka Baginda berdua merakamkan setinggi penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara di atas komitmen, keberanian dan pengorbanan serta khidmat bakti membendung penularan wabak covid-19 ini, khususnya kepada mereka yang bertugas pada lebaran ini, termasuk para anggota keselamatan yang menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Seri Paduka Baginda berdua menyeru seluruh rakyat Malaysia mematuhi semua perintah dan saranan kerajaan di bawah PKPB, khususnya tidak pulang ke kampung dan hanya meraikan bersama keluarga masing-masing, menjaga kebersihan diri serta mengamalkan penjarakan sosial dan norma baru dalam kehidupan seharian.

Berikutan pelaksanaan dan mematuhi PKPB sehingga 9 Jun ini, Seri Paduka Baginda berdua dan keluarga meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Negara, bukannya di Kuantan, Pahang seperti kelazimannya.

Seri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh rakyat Malaysia bersama berdoa semoga negara sentiasa berada di bawah perlindungan dan wabak ini dapat dibendungi serta diakhiri dengan berkesan dan segera.

#agongkita #permaisurikita #aidilfitri #eidmubarak #royal #malaysia #istananegara

Instagram

4 months ago
  • 3,576
  • 24
4 months ago
  • 2,241
  • 13
4 months ago
  • 4,618
  • 34
4 months ago
  • 2,984
  • 14
4 months ago
  • 4,988
  • 11
4 months ago
  • 27k
  • 57
4 months ago
  • 24.2k
  • 145
4 months ago
  • 5,670
  • 20
4 months ago
  • 4,717
  • 24
4 months ago
  • 3,059
  • 8
4 months ago
  • 5,503
  • 19
4 months ago