Articles

Protokol Diraja

Adat Tertib Pertuturan Bahasa Inggeris

 

Apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris , anda hendaklah sentiasa menggunakan bahasa Beraja (Royal Vocabulary).
Jika boleh cuba elakkan dari menggunakan perkataan Inggeris, melainkan anda fasih menguasai Bahasa Inggeris.
Jika terpaksa juga,anda hendaklah menambah atau menggunakan perkataan :- 

  •  Bahasa Inggeris   Gelaran
     "His Majesty"   bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
     "Her Majesty"   bagi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
     "His Royal Highness"   bagi Duli Yang Maha Mulia Tuanku
     "Her Royal Highness"   bagi Duli Yang Maha Mulia Sultanah/Raja Perempuan  
     "Your Royal Highness"  
      untuk perkataan "Tuanku"


bukan "You" atau "Your" atau "Yours"

Bagi perkataan "I" gantikan "patik" walaupun anda menjawab dalam Bahasa Inggeris melainkan anda menggunakan "Royal Vocabulary" sepenuhnya.
 
Contoh:
"I beg your pardon, Your Royal Highness"
 
Penggunaan Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu

 

  • Contoh:
  • "Yes Your Royal Highness , patik menjunjung titah Tuanku".

 

 

Adat Tertib Pertuturan

 

Apabila baginda Tuanku bertitah, anda hendaklah menggantikan "Tuanku" setiap kali bersetuju bagi menggantikan "Ya".


Adalah manis jika digunakan "Ampun Tuanku" atau "Tuanku" samada di pangkal atau di penghujung ayat semasa bertutur.


Menggunakan sebutan pendek atau ringkas tidak digalakkan seperti : -

    •  

        Perkataan Ringkas    

                               Sebutan yang betul                     

      "Tuanku minta air"

      "Kebawah Duli Tuanku titah berkenan hendakkan air"

            "Tuanku main golf"
         "Kebawah Duli Tuanku telah berangkat minta bermain golf"  
       
       
       

Adakalanya anda menjawab titah soalan/titah pertanyaan Tuanku, tetapi anda dengan spontan menjawabya.
Adakalanya jawapan anda itu tidak betul dari bahasa Istana tanpa disedari.
   

  •  
    Titah tanya Tuanku 
    Jawapan yang betul Jawapan yang tidak betul
    "Awak sudah makan".
    "Ampun Tuanku, patik sudah ayap Tuanku".  "Ampun Tuanku, patik sudah santap Tuanku" .
      
      "Mana pergi bola saya"    
     
     "Ampun Tuanku, patik kurang periksaTuanku".
    "Ampun Tuanku, patik tidak tahu Tuanku".

 

 

 

 

 

Pakaian semasa Menghadiri Majlis-majlis

d

Pakaian Semasa Menghadiri Majlis Jamuan

g

Pakaian Yang Tidak Dibenarkan

 

Larangan Pakaian Wanita Dalam Majlis

  • Kebaya Putih
  • Sam Fu
  • Bagi pakaian-pakaian lain,peraturan di bawah hendaklah dipatuhi:-
  • Baju kebaya hendaklah labuh hingga ke paras bawah lutut.
  • Kain baju kebaya tidak boleh ada belah samada ditepi atau dibelakang.
  • Pakaian Dalam  bagi pakaian sari hendaklah yang ada lengan tidak menunjukkan perut
  • Pakaian "Cheong Sam"  hendaklah labuh ke paras tumit kaki dan yang ada lengan serta belahnya sampai ke paras lutut sahaja
  • Skirt bgi pakaian barat hendaklah labuh melebihi paras lutut.
  • Berkasut


Warna yang dilarang

  • Kuning Diraja
  • Biru Diraja
  • Putih Sedondon