SEBUTHARGA MENAIKTARAF KAFETERIA

Keria.Keria Menaiktaraf Kafetaria Istana Negara dan

 keria-keria berkaitan di Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

1.                  Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor dalam Kelas G2 di bawah Kepala B (Pembinaan Bangunan) dan Sub Kepala 09, 28 yang masih dibenarkan menyertai kerja-kerja Sebutharga ini.

2.                  Borang-borang Sebutharga boleh didapati pada 30 / 05 / 2018  di Pejabat Seksyen Pengurusan Fasiliti Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur semasa waktu pejabat. Kontraktor-kontraktor yang ingin menyertai Sebutharga di atas hendaklah membawa Surat Pendaftaran Asal Pusat Khidmat Kontraktor.

3.                  Semua borang Sebutharga yang telah lengkap diisikan hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Kaunter Pengurusan Pentadbiran, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada hari Jumaat bersamaan 06 / 06 / 2018

4.                  Adalah dimaklumkan bahawa taklimat dan lawatan tapak akan hanya diadakan sekali sahaja. Kontraktor dikehendaki berkumpul di Kaunter Pengurusan Pentadbiran, Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 30 / 5 / 2018 jam 9.00 pagi. Kontraktor yang gagal hadir sesi taklimat pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan adalah dianggap tidak berminat dengan kerja Sebutharga ini.