IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR

Sukacita dimaklumkan bahawa Pentadbiran Istana Negara ingin mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf kontrak seperti berikut:

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR

GRED : N19

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN

KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA

TARAF JAWATAN : KONTRAK (DUA TAHUN)

GAJI PERMULAAN : RM 1,352.00 (tidak termasuk elaun dan imbuhan)

 

SYARAT UMUM

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak lebih 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Kemahiran Malaysia (Sijil Kesetiausahaan) dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C);

d) Mahir menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel.

e) Penguasaan Bahasa Inggeris yang baik adalah satu kelebihan.

 

 

CARA MEMOHON

a) Calon hendaklah mengemukakan resume/cv lengkap, borang maklumat peribadi, salinan fotostat sijil SPM/SKM, salinan sijil-sijil akademik dan sijil kegiatan luar, salinan kad pengenalan serta dua (2) keping gambar berukuran pasport dan dihantar secara pos/serahan tangan ke alamat berikut:

Seksyen Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Istana Negara

Jalan Tuanku Abdul Halim

50480 Kuala Lumpur

(U.P: Puan Nazariah binti Idris)

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 September 2019.

b) Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui e-mel untuk menghadiri sesi temuduga serta penyediaan dokumen-dokumen sokongan yang perlu. Sebarang permohonan pindaan tarikh temuduga oleh calon adalah tidak dibenarkan. Sila pastikan alamat e-mel yang dikemukakan masih aktif dan boleh digunakan.

c) Calon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Sila klik disini untuk muat turun borang.