Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan

1.0 | KATEGORI : Darjah Kerabat dan Darjah Kebesaran Diraja |
Darjah kebesaran ini mempunyai satu pangkat sahaja dan bilangan ahli-ahlinya terhad seramai 10 orang. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada seorang Raja yang telah diisytiharkan sebagai Yang Dipertuan Agong sahaja.Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia ini mengandungi kalung, bintang, selepang dan lencana. Kalung Darjah diperbuat daripada perak bersadur emas. Bintang Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya berukir timbul motif daun paku (fern). Darjah diperbuat daripada kain sutera merah dan hujungnya berikat reben. Lencana Darjah berbentuk pancaran-pancaran emas dan di atasnya terdapat sekuntum bunga raya. Ia berpaut pada motif Mahkota Diraja Malaysia. Darjah ini dizahirkan pada 18 April 1966 dan diwartakan pada 30 Jun 1966. |

2.0 | KATEGORI : Darjah Kerabat dan Darjah Kebesaran Diraja |
Darjah kebesaran ini juga mempunyai satu pangkat sahaja. Bilangan ahli-ahlinya adalah terhad kepada 30 orang sahaja. D.M.N ini dikurniakan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang baru sahaja ditabalkan di negerinya. 15 daripadanya mungkin terdiri daripada anak-anak Raja negara luar, Ketua-ketua Negara atau orang-orang yang amat ternama.Darjah Utama Seri Mahkota Negara ini mengandungi Kalung, Bintang, Selepang dan Lencana. Kalung Darjah mengandungi motif tengah yang berbentuk dua bilah keris bersarung yang bersilang serta menjulang. Bintang dan Bulan Sabit Bintang Darjah ini diperbuat daripada emas dan berbentuk bintang pecah sembilan. Lencana Darjah ini diperbuat daripada bintang pecah lima. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera kuning dan di tengahnya terdapat jalur merah dan hujungnya berikat reben.Di kedua-dua belah tepinya terdapat jalur kecil putih di antara dua jalur kecil berwarna biru. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958. |

3.0 | KATEGORI : Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) |
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) merupakan pangkat yang tertinggi antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. Dikurniakan sebagai penghormatan yang istimewa kepada mereka yang telah berjasa dengan cemerlang kepada negara dan berpengaruh tinggi sesuai dengan kedudukan mereka.Pangkat S.M.N. terhad kepada 25 orang, tidak termasuk jumlah warganegara asing yang menerimanya sebagai anugerah kehormat. Penyandang Darjah ini membawa gelaran ‘Tun’ dan isteri penyandang bergelar ‘Toh Puan’. Kalung Darjah mengandungi lambang-lambang Jata negeri-negeri dalam Malaysia. Bintang Darjah berbentuk bintang pecah sebelas yang diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah berbentuk bintang pecah sebelas diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Selepang Darjah diperbuat daripada kain sutera berlatarkan warna biru dan di kedua belah tepi selepang terdapat jalur kuning. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958
|

4.0 | KATEGORI : Panglima Mangku Negara (P.M.N) |
Panglima Mangku Negara (P.M.N) ialah Darjah Pangkat Kedua dalam keluarga Darjah-darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN) dan Kelas Pertama bagi kurniaan ‘Tan Sri’. Penyandangnya bergelar ‘Tan Sri’ dan jika beristeri, maka isterinya bergelar ‘Puan Sri’. Dikurniakan kepada mereka yang ternama dan bertaraf tinggi yang telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada negara dalam apa jua lapangan. Bagi pegawai kerajaan, pengurniaan ini sesuai bagi mereka yang berada di Tingkatan Turus I. Jumlah anugerah terhad kepada 75 orang sahaja dan ini tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat.Bintang Darjah diperbuat daripada perak dan bersadurkan emas. Lencana Darjah sama seperti Bintang Darjah tetapi saiznya kecil sedikit. Selepang Darjah mempunyai warna jalur putih di kedua belah tepi selepang dan jalur merah di tengah yang terletak di atas jalur kuning. Selepang ini ada ikatan reben di hujungnya dan di bawah ikatan ini tersangkut Lencana Darjah. Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958. |

5.0 | KATEGORI : Johan Mangku Negara (J.M.N.) |
Johan Mangku Negara (J.M.N.) merupakan pangkat ketiga antara enam pangkat dalam Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara (YMPN). YMPN merupakan darjah ketiga antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia.Jumlah penyandang J.M.N. terhad kepada 1,000 orang, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. |
Darjah Kebesaran, Bintang dan
Pingat Persekutuan
Darjah Kebesaran Persekutuan merupakan anugerah darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada pemimpin dan rakyat Malaysia yang telah berjasa, berkorban dan berbakti kepada negara serta para pembesar dan diplomat negara-negara asing