DAULAT TUANKU
Istana Malam
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

πƒπ€π“π”πŠ ππ„ππ†π„π‹πŽπ‹π€ ππˆπ‰π€π˜π€ πƒπˆπ‘π€π‰π€ π’π€πŒππ€πˆπŠπ€π ππ„πŠ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

πƒπ€π“π”πŠ ππ„ππ†π„π‹πŽπ‹π€ ππˆπ‰π€π˜π€ πƒπˆπ‘π€π‰π€ π’π€πŒππ€πˆπŠπ€π ππ„πŠ ππ„π‘ππ”πŠπ€ 𝐏𝐔𝐀𝐒𝐀 πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara telah menganjurkan program Syahrul Jiddi, iaitu penyerahan sumbangan pek berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur, hari ini (4 Mac).
Sebanyak 350 pek berbuka puasa telah disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara kepada para petugas di Pusat Darah Negara serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bomba dan Penyelamat Sentul, Kuala Lumpur.
Ketibaan Tan Sri Dato’ Dr. Azmi disambut Dr. Mohammad Masrin Md Zahrin, Pengarah Pusat Darah Negara serta PKPjB Hj Hassan β€˜As’Ari Hj Omar, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan menyemarakkan semangat kebersamaan dan berkongsi rezeki dalam keberkatan bulan Ramadan di samping menghargai pengorbanan serta komitmen para petugas barisan hadapan yang sentiasa berkhidmat kepada masyarakat.
Semoga sumbangan ini membawa keberkatan, kegembiraan dan menjadi tanda penghargaan atas jasa serta dedikasi mereka.
Turut hadir, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; Datuk Hj. Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; serta Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang Istana Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121