πππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππππππ πππππ πππππππ πππππ ππππππ ππππππ
Tan Sri Datoβ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, hari ini (5 Mac) berkesempatan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja Istana Negara yang berlangsung di perkarangan Surau Utama Istana Negara.
Turut hadir, Puan Sri Datin Datuk Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latiff; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela serta barisan pegawai kanan Istana Negara.
Majlis yang dihadiri kira-kira 250 warga kerja Istana Negara itu merangkumi pelbagai lapisan petugas termasuk pasukan keselamatan serta petugas pengurusan fasiliti yang sentiasa memastikan kelancaran operasi dan pentadbiran Istana Negara.
Penganjuran majlis ini bukan sahaja menyemarakkan keberkatan bulan Ramadan, malah menjadi platform untuk mengeratkan lagi ikatan ukhwah, memupuk semangat kebersamaan serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan seluruh warga Istana Negara.
Pada majlis tersebut, Datuk Pengelola Bijaya Diraja turut menyampaikan sumbangan buah kurma kepada semua warga Istana Negara sebagai tanda penghargaan atas dedikasi dan komitmen mereka dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.
Terdahulu, Tan Sri Datoβ Dr. Azmi bersama para tetamu yang hadir turut menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah di Surau Utama Istana Negara.
Semoga kebersamaan yang terjalin ini terus memperkukuh semangat muafakat dan keharmonian dalam kalangan seluruh warga Istana Negara, selari dengan keberkatan bulan Ramadan yang mulia.
