CHE’ PUAN MAHKOTA KHALEEDA DIKURNIAKAN DARJAH SMIJ, TUNKU PANGLIMA JOHOR DIKURNIAKAN PINGAT JASA DAN LAMA DALAM PEKERJAAN
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (SMIJ) kepada YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Pingat Jasa dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP) kepada anakanda Baginda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.
Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Darjah dan Pingat bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 23 Mac 2026.
Seramai empat penerima dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran ‘Dato’.
Penerima DMIJ ialah, YB Datuk Abd Aziz Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor; CP Datuk Ibrahim Darus, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman; CP Datuk M Kumar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada dua penerima.
Dua penerima SIJ ialah Mejar Ahmad Hamdan Libar, Naib Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) dan Mejar Asrulfaizad Selamat, Juruiring ATSNJ DYAM Pemangku Sultan Johor.
Seramai 100 penerima dikurniakan PLP, manakala Pingat Jasa Dan Lama Dalam Pekerjaan (PJP) seramai 77 penerima; Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Kedua (157) dan Pingat Sultan Ibrahim Pangkat Ketiga (39).
Pengurniaan Darjah dan Pingat disempurnakan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor pada Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim dan Majlis Darjah dan Pingat di Istana Besar, Johor Bahru pada hari ini (9 April).
