YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN SAMBUT KEBERANGKATAN TIBA DULI-DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA KE MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-273
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyambut keberangkatan tiba Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-273 (hari pertama) di Istana Negara, hari ini (14 Oktober).
MRR ke-273 dipengerusikan oleh Sultan Perak, DYMM Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al Maghfur-Lah.
