DAULAT TUANKU
Istana Malam
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
SALAM NUZUL AL-QURAN

YANG DI-PERTUAN AGONG SELAMAT TIBA DI ST PETERSBURG - KOTA BERSEJARAH PERSEKUTUAN RUSIA

YANG DI-PERTUAN AGONG SELAMAT TIBA DI ST PETERSBURG - KOTA BERSEJARAH PERSEKUTUAN RUSIAΒ 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat St Petersburg, sebuah kota bersejarah yang menjadi antara pusat kebudayaan, seni bina dan warisan penting di Persekutuan Rusia.
Diasaskan pada tahun 1703, St Petersburg pernah berperanan sebagai ibu negara Persekutuan Rusia selain terkenal dengan landskap seni bina klasik, serta bangunan bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia.
Keunikan gabungan sejarah, seni dan keindahan bandar menjadikan St Petersburg sebagai antara destinasi pelancongan paling popular di Rusia serta semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa, termasuk dari Malaysia.
Pada tahun lalu, lebih 160,000 rakyat Malaysia melawat St Petersburg.
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah di atas jemputan khas Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.
Terdahulu, pesawat khas Seri Paduka Baginda mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulkovo, Saint Petersburg hari ini (25 Januari) pada jam (2.38 petang) waktu tempatan Persekutuan Rusia.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut, Alexander Yuryevich Drozdenko, Gabenor Leningrad Oblast; Yaroslav Anatolyevich Serov, Naib Gabenor Leningrad Oblast dan Evgeny Dmitrievich Grigoriev, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri St Petersburg.
Turut hadir, TYT Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121