YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA POLIS NEGARA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA POLIS NEGARA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tan Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara.
Pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda, Tan Sri Mohd Khalid memperkenalkan
Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.
Dato’ Sri Abdul Aziz dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa 9 September lalu.
Tan Sri Mohd Khalid turut memperkenalkan
Datuk Mohamad Zainal Abdullah, Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang baharu.
Datuk Mohamad Zainal yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak, dilantik sebagai Pengarah Pengurusan PDRM berkuat kuasa 15 September lalu.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini (13 Oktober).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121