ππ€π’π”πŠπ€π 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 π”π“π€πŒπ€ πˆπ’π“π€ππ€ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 π’π„π‘π“π€πˆ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π’π”πŠπ€π π™πŽπ πŸ” 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 π€π†π€πŒπ€ πˆπ’π‹π€πŒ π–πˆπ‹π€π˜π€π‡ ππ„π‘π’π„πŠπ”π“π”π€π (π‰π€π–πˆ) πŸπŸŽπŸπŸ“

Β 
Pasukan Surau Utama Istana Negara (SUIN) telah menyertai Kejohanan Sukan Zon 6 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) 2025 pada 12 Oktober di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Β 
Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara turut hadir memeriahkan kejohanan dan memberi sokongan kepada pasukan SUIN.
Β 
Program anjuran Pejabat Pentadbiran Zon 6 JAWI dengan kerjasama 12 masjid di bawah pentadbiran Zon 6 dan telah berjaya menghimpunkan lebih 500 orang pelbagai peringkat umur dan kariah.
Β 
Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Hanifuddin Roslan, Pengarah JAWI dan turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAWI, Dr. Mursilalaili Mustapa Sa’di.
Β 
Antara acara sukan yang disertai SUIN ialah badminton, futsal, bola jaring, karom dan ping pong.
Β 
Penyertaan ini juga membuktikan SUIN berperanan dalam komuniti dan kejohanan ini merupakan acara pertama kali SUIN menyertai.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121