π‚π„π‘π€πŒπ€π‡ ππ„ππ†π‡π€π˜π€π“π€π ππˆπ‹π€πˆ-ππˆπ‹π€πˆ πˆπ’π‹π€πŒ 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐋 ππˆπ‚π€π‘π€ π†π‹πŽππ€π‹ π’π”πŒπ”πƒ π…π‹πŽπ“πˆπ‹π‹π€

Β 
Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara menganjurkan program ceramah penghayatan nilai-nilai Islam siri 2/2025 di Bilik Latihan FE 2, Istana Negara, hari ini (13 Oktober).
Β 
Ceramah yang bertajuk β€˜Palestin dan Kebangkitan Umat Akhir Zaman’ disampaikan oleh pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin (Ustaz Amin).
Β 
Program berkenaan turut menampilkan bual bicara Global Sumud Flotilla (GSF) yang melibatkan beberapa peserta sukarelawan GSF antaranya Farah Lee, Danish Nazran Murad, Abd Rahim Azhari dan Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi.
Β 
Hadir sama, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Zulharry Abd Rashid, Penasihat Undang-undang Istana Negara dan Ustaz Razi Hassan, Penolong Pegawai Agama.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121