πππππ πππππππππ ππππππ ππππππ πππππ ππππππππ πππππππππππ πππππ ππππππππππ πππππ πππππ ππππππ πππππππ ππ-ππ
Β
Tan Sri Datoβ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mewakili KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim merasmikan Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) ke-22, hari ini (21 Oktober).
Β
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong adalah Canselor KUIJSI manakala DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor adalah Pro Canselor KUIJSI.
Ketibaan Tan Sri Datoβ Dr. Azmi disambut Prof. Madya Dr. Hussin Salamon, Rektor KUIJSI; Tuan Haji Nasri Md. Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Datoβ Hj. Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Β
Turut hadir, Tuan Hj. Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatan Kuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor; Datoβ Dr. Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.
Β
Pada istiadat berkenaan, Tan Sri Datoβ Dr. Azmi yang juga selaku Pro Canselor KUIJSI menyampaikan skrol kepada 626 penerima yang berjaya menamatkan pengajian Diploma dalam bidang masing-masing.
Β
Tan Sri Datoβ Dr. Azmi turut menyampaikan anugerah Canselor, anugerah Terbaik Akademik, anugerah Terbaik Bahasa Arab, anugerah Terbaik Kokurikulum, anugerah Kepimpinan dan anugerah Kesukarelawan dan Kemasyarakatan.
Β
Tan Sri Datoβ Dr. Azmi dalam ucapannya mengucapkan setinggi tahniah kepada semua pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dan menitipkan nasihat agar pelajar-pelajar berterima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang telah banyak berkorban dan mendoakan kejayaan semua.
Β
βOleh itu, saya menyeru para graduan dikasihi, apa pun kedudukan kita, apa pun jawatan kita, cari lah segala ruang dan peluang yang ada di sekitar kita untuk membuat kebaikan dan menjadi individu bermanfaat dengan nikmat ilmu yang dimilikiβ.
Β
βJadilah generasi yang mampu menyumbang bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada masyarakat, Negeri Johor, ummah dan duniaβ. Katanya.
