Tan Sri Datoβ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara menerima kunjungan hormat delegasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Pejabat Pengurusan Istana Negara, hari ini (13 November).
Sesi kunjungan hormat yang berlangsung di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja telah dihadiri Prof. Dr. Shahruddin Mahzan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM.
Turut hadir, Tuan Haji Naim Maslan, Pendaftar UTHM dan Encik Shamsulkhairi Md Salleh, Pengarah Canselori UTHM.
Sesi kunjungan hormat berkenaan juga turut menyampaikan jemputan kepada Tan Sri Datoβ Dr. Azmi selaku Pro-Canselor UTHM ke Istiadat Konvokesyen Ke-25 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang akan berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.
