πƒπˆπ’πŠπ”π’πˆ π…πˆππ‡ π–π€ππˆπ“π€ π’πˆπ‘πˆ πŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ“

πƒπˆπ’πŠπ”π’πˆ π…πˆππ‡ π–π€ππˆπ“π€ π’πˆπ‘πˆ πŸ“/πŸπŸŽπŸπŸ“
Β 
Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara telah menganjurkan Diskusi Fiqh Wanita sebanyak lima siri pada tahun 2025.
Β 
Penyertaan diskusi ini melibatkan peserta wanita terdiri daripada pelbagai Bahagian/Seksyen Istana Negara termasuk Bahagian Keselamatan dan pihak pengurusan fasiliti (GFM).
Β 
Panel diskusi terdiri daripada Ustazah Yusnah binti Yusof, Pendakwah Bebas dan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS), Tabung Haji serta Ustazah Nur Fadzlina binti Abdullah @ Abd Aziz, Guru di SK Rawang dan Pengkursus Haji Tanah Air (PEKTA).
Β 
Diskusi sepanjang lima siri ini memberi ruang kepada para peserta untuk memahami pelbagai aspek hukum-hakam berkaitan wanita, khususnya dalam konteks kehidupan moden yang semakin mencabar.
Β 
Salah satu komponen terpenting dalam fiqh wanita yang difokuskan dalam diskusi ini ialah ilmu berkaitan darah-darah wanita, iaitu haid, nifas dan istihadhah.
Β 
Kefahaman mengenai ketiga-tiga jenis darah ini bukan sekadar pengetahuan asas, tetapi satu keperluan yang menentukan sah atau batalnya ibadah serta mempengaruhi pelaksanaan tanggungjawab seorang wanita dalam kehidupan seharian.
Β 
Justeru, memahami hukum darah wanita bukan sahaja untuk menjaga kesempurnaan ibadah, tetapi juga memelihara kesucian, keyakinan diri dan keberkatan hidup.
Β 
Majlis Penutup Diskusi Fiqh Wanita Siri 5/2025 pada 24 November 2025 telah disempurnakan oleh Ustaz Razi bin Hassan, Penolong Pegawai Agama Istana. Dalam ucapan penutup, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada panel diskusi yang telah menyampaikan ilmu dengan penuh hikmah dan kesungguhan.
Β 
Begitu juga kepada para peserta yang hadir dengan semangat menuntut ilmu dan komitmen yang tinggi.
Β 
Berdasarkan maklumbalas positif daripada para peserta, diskusi ini akan diteruskan pada tahun hadapan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121