ππππππ πππππππ ππππ πππ πππππππ ππππ ππππππ ππππππ ππππ
Β
Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara telah menganjurkan Bengkel Semakan Teks Doa Rasmi (Tulisan Jawi) Istana Negara pada 23 hingga 25 November 2025, bertempat di Hotel Tenera, Bangi. Bengkel ini dihadiri seramai 11 orang pegawai serta kakitangan Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara.
Bengkel diadakan sebagai usaha sistematik untuk menyemak, menambah baik serta menyeragamkan format penulisan teks doa rasmi dalam tulisan Jawi. Tujuan utama penganjuran ini adalah untuk menyemak dan menghasilkan himpunan teks doa rasmi Istana Negara (tulisan jawi) bagi tahun 2021 hingga 2025 sebagai rujukan masa hadapan.
Sepanjang bengkel, para peserta telah dibimbing oleh Ustaz Mohd Yusof bin Sham, Munsyi Dewan Jawi, yang berkongsi kepakaran dan panduan dalam memastikan kaedah penulisan Jawi diaplikasikan dengan betul serta konsisten bagi kegunaan rasmi Istana Negara.
Bengkel ini berjaya mencapai objektif utama dalam menyemak dan menyeragamkan teks doa rasmi Istana Negara (tulisan jawi). Semoga usaha ini terus memperkukuh kualiti dan memartabatkan penulisan Jawi serta memberi manfaat kepada pentadbiran Istana Negara pada masa hadapan.
