ππππππ ππππππππππ πππππππππππ πππππππ ππππππ πππππ
πππππ ππππππππππππ (ππ)
Β
Unit Teknologi Maklumat Istana Negara telah menganjurkan Kursus Memperkasa Pentadbiran Pejabat Dengan Artificial Intelligence (AI), satu inisiatif latihan profesional yang bertujuan meningkatkan kecekapan serta keupayaan pegawai dan kakitangan dalam menghadapi tuntutan kerja era digital masa kini.
Kursus ini telah diadakan dalam dua siri, pada 12 hingga 13 November dan 26 hingga 27 November 2025 di Bilik Latihan FE 2, Istana Negara dengan penyertaan seramai 60 peserta merangkumi semua bahagian.
Sesi latihan disampaikan oleh Encik Hazril Hafiz Ab Rahman dari InfinityAI Solutions, yang berkongsi kepakaran beliau dalam aplikasi teknologi AI untuk tugasan pejabat.
Penganjuran dua siri ini, para peserta didedahkan kepada pelbagai kemahiran praktikal termasuk penggunaan AI dalam penyediaan dokumen rasmi, pengurusan maklumat, penambahbaikan aliran kerja dan strategi meningkatkan produktiviti harian.
Pendekatan pembelajaran secara praktikal membantu peserta memahami bagaimana teknologi AI boleh dimanfaatkan bagi memastikan pentadbiran yang lebih sistematik, cepat dan tepat.
Secara keseluruhannya, kursus ini menjadi platform penting dalam memperkasa kompetensi pegawai dan kakitangan Istana Negara, selari dengan perkembangan teknologi dan keperluan pentadbiran moden. Pendedahan kepada kecerdasan buatan bukan sahaja memudahkan tugasan seharian, malah turut meningkatkan tahap profesionalisme serta integriti dalam penyampaian perkhidmatan.
