πƒπ€π“π”πŠ ππ„ππ†π„π‹πŽπ‹π€ ππˆπ‰π€π˜π€ πƒπˆπ‘π€π‰π€ π’π„π‹π€πŠπ” ππ‘πŽ-π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ ππ”πŠπ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐓𝐔𝐍 π‡π”π’π’π„πˆπ 𝐎𝐍𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π”π“π‡πŒ) 𝐀𝐞-πŸπŸ“

πƒπ€π“π”πŠ ππ„ππ†π„π‹πŽπ‹π€ ππˆπ‰π€π˜π€ πƒπˆπ‘π€π‰π€ π’π„π‹π€πŠπ” ππ‘πŽ-π‚π€ππ’π„π‹πŽπ‘ ππ”πŠπ€ πˆπ’π“πˆπ€πƒπ€π“ πŠπŽππ•πŽπŠπ„π’π˜π„π π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“πˆ 𝐓𝐔𝐍 π‡π”π’π’π„πˆπ 𝐎𝐍𝐍 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ (π”π“π‡πŒ) 𝐀𝐞-πŸπŸ“

Tan Sri Dato' Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara selaku Pro-Canselor membuka Istiadat Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke-25, hari ini (6 Disember).
DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor adalah Canselor UTHM manakala YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor adalah Pro-Canselor UTHM.
Ketibaan Tan Sri Dato' Dr. Azmi disambut Dato' Sri Ibrahim Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM; Prof. Dr. Mas Fawzi Mohd Ali, Naib Canselor UTHM dan barisan pengurusan tertinggi UTHM.
Turut hadir, YB Datuk Dr. Haji Mohd Puad
Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor; Dato' Dr. Nooh Gadut, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Encik Mohd Farid Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat.
Pada istiadat berkenaan, Tan Sri Dato' Dr. Azmi menyampaikan skrol kepada 499 penerima yang berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana serta penganugerahan anugerah akademik.
Tan Sri Dato' Dr. Azmi turut menyampaikan penganugerahan Ijazah Kehormat Dr. Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) kepada Tan Sri Dato’ Soh Thian Lai sebagai pengiktirafan dan sumbangan beliau dalam memperkasakan TVET negara.
Tan Sri Dato' Dr. Azmi dalam ucapannya mengucapkan setinggi tahniah kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian dan menitipkan nasihat kejayaan tidak akan bermakna jika tanpa adab dan budi pekerti.
β€œIlmu yang tinggi tidak akan memberi erti jika tidak
diiringi dengan adab dan budi pekerti.”
β€œJadilah graduan yang bukan sahaja bijak dalam
akademi tetapi juga tulus dan halus dalam pekerti. Bukan sahaja cemerlang untuk diri sendiri tetapi juga membawa kebaikan kepada masyarakat dan tanah air tercinta”.
Tan Sri Dato’ Dr. Azmi turut menitipkan pesanan bermakna kepada para graduan β€œSesungguhnya UTHM tidak mendidik graduannya untuk lari dari tanggungjawab tetapi natijahnya UTHM mendidik graduannya untuk menjadi tiang seri pendukung kemajuan negara.”

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121