ππππππ ππππππ ππππππ πππππππ ππππππ
Warga Istana Negara hari ini (18 Mac) menerima seorang saudara baharu apabila Encik Rizan bin Abu dengan penuh keikhlasan telah melafazkan dua kalimah syahadah, seterusnya memeluk agama Islam.
Majlis pengislaman Encik Rizan Abu telah berlangsung di Surau Utama Istana Negara dan disempurnakan oleh Jurusyahadah, Datuk Haji Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Tan Sri Datoβ Dr. Haji Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta Tuan Haji Jamali Mohd Adnan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Turut hadir, Puan Sri Datin Datuk Dr. Hajah Noor Azizah Abdul Latiff; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; dan Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-undang Istana Negara.
Encik Rizan, 26, yang bertugas sebagai pekerja pembersihan di Istana Melawati, Putrajaya merupakan anak jati Orang Asli daripada suku Temuan yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.
Beliau sebelum ini sering menyertai program-program keagamaan yang dianjurkan di Istana Melawati, seterusnya membuka pintu hati beliau untuk menerima hidayah dan memeluk agama Islam.
Semoga Encik Rizan bin Abu terus istiqamah dalam meniti kehidupan sebagai seorang Muslim serta dikurniakan kekuatan iman, ketenangan jiwa dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupannya.
