*ππππππ ππππππ πππππ πππ πππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππ ππππππ ππππ πππππ ππππππππππ ππππππ ππππ ππ47 H
Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara telah menganjurkan majlis bacaan yasin dan doa selamat bersama kakitangan Istana Negara yang bakal menunaikan ibadah haji tahun 1447H hari ini (28 April).
Turut hadir, Tan Sri Datoβ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara; Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang Istana Negara; SAC Sulizmie Affendy Sulaiman, Juruiring Polis dan Ustaz Razi Hasan, Penolong Pegawai Agama Istana Negara.
Kakitangan Istana Negara yang bakal menunaikan ibadah haji tahun ini ialah Sarjan Abd Ghani Hassan, Sarjan Pengiring Utama Bermotosikal KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong dan isteri, Puan Nor Hayati Muhamed.
Majlis bacaan yasin dan doa selamat turut dihadiri pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara serta pasukan polis yang bertugas di Istana Negara.
Β
