DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA DIRAIKAN DALAM MAJLIS SEKALUNG PENGHORMATAN SEINDAH KENANGAN

DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA DIRAIKAN DALAM MAJLIS SEKALUNG PENGHORMATAN SEINDAH KENANGAN

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara semalam (15 April) telah diraikan dalam Majlis Sekalung Penghormatan Seindah Kenangan sempena persaraan beliau di Hotel Sheraton, Johor Bahru.
Ketibaan beliau bersama Puan Sri Datin Datuk Dr. Noor Azizah Abdul Latif telah disambut oleh Dato’ Mohammed Ridha Dato’ Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor serta barisan pengurusan tertinggi kerajaan negeri Johor.
Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir negeri Johor (JCS) setelah lebih 34 tahun menabur bakti, bermula sejak tahun 1992.
Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah memegang pelbagai jawatan dan yang terakhir sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Johor ke-24 yang berkhidmat selama lapan tahun enam bulan di bawah pentadbiran lima Menteri Besar Johor.
Segala jasa, bakti dan pengorbanan beliau amat besar ertinya kepada negeri Johor serta akan sentiasa dikenang dan disanjung tinggi oleh seluruh warga perkhidmatan awam negeri.
Kini, khidmat bakti beliau diteruskan di Istana Negara sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Semoga segala sumbangan dan dedikasi beliau terus menjadi inspirasi serta teladan kepada semua.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121