DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA SAMPAIKAN KURNIAAN SUMBANGAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG KEPADA BALU MANGSA KEMALANGAN MAUT DI KLANG
YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Bin Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara menyampaikan sumbangan kepada Nor Nadia Abd Majid, balu mangsa kemalangan maut di Klang, Selangor, hari ini (6 April).
Kurniaan sumbangan itu adalah daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Hadir sama, Datuk Haji Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-undang Istana Negara dan Dr. Nadia Monira Mohamed Taib, Setiausaha Sulit kepada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.
Hadir sama, ACP Ramsay Anak Embol, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Selangor.
Semasa sesi kunjungan di rumah Allahyarham di Seksyen 16, Shah Alam, satu majlis tahlil ringkas turut diadakan dan majlis tahlil dipimpin oleh pegawai Agama Istana Negara.
Pada 29 Mac lalu, Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut apabila motosikal yang ditunggang Allahyarham dirempuh pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Klang, Selangor.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang berusia antara dua hingga sembilan tahun.
