DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA SAMPAIKAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KURNIAAN YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA KAKITANGAN ISTANA NEGARA

DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA SAMPAIKAN SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN KURNIAAN YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA KAKITANGAN ISTANA NEGARA

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara hari ini (15 Januari) menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada 36 kakitangan Istana Negara yang telah kehilangan ahli keluarga terdekat dari tahun 2025.
Sumbangan khairat kematian tersebut adalah kurniaan daripada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Turut hadir pada majlis penyerahan sumbangan itu Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang Istana Negara.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja dalam ucapannya menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan sumbangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kepada kakitangan Istana Negara yang kehilangan insan tersayang.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga warga Istana Negara termasuk Bahagian Keselamatan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121