GLOBAL SUMUD FLOTILLA CONTOH MISI KEMANUSIAAN TANPA BATAS

GLOBAL SUMUD FLOTILLA CONTOH MISI KEMANUSIAAN TANPA BATAS
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, bertitah Global Sumud Flotilla (GSF) adalah misi kemanusiaan yang murni dalam membantu mereka yang kelaparan termasuk golongan warga emas, wanita serta kanak-kanak.
 
Seri Paduka Baginda, bertitah sukarelawan-sukarelawan yang terlibat di dalam GSF termasuk rakyat Malaysia sanggup menggalas risiko dan cabaran demi membawa mesej kemanusiaan ke peringkat antarabangsa.
 
Sultan Ibrahim, bertitah misi GSF ini adalah contoh semangat persaudaraan tanpa batas dalam membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Mereka hanya dalam misi kemanusiaan membawa bekalan makanan, namun dihalang dan ditahan. Ini bertentangan dengan nilai kemanusiaan sejagat.
 
“Pada hari ini, saya mendapatkan taklimat terkini mengenai perkembangan semasa GSF termasuk usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Malaysia dalam membebaskan sukarelawan kita.
 
“Semoga setiap usaha murni yang sedang dilakukan serta digerakkan kerajaan dalam membantu sukarelawan rakyat kita dipermudahkan dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office pada hari ini, (3 Oktober).
 
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Hadir sama, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121