Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara siri 2/25 berlangsung dengan penuh tradisi ketenteraan hari ini, melibatkan sembilan pegawai dan 164 anggota pasukan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD).

Istiadat yang bermula seawal 9 pagi turut disertai 22 kuda daripada 21 Skuadron Istiadat Berkuda (SIB) diiringi Pancaragam Pusat RAMD.
 
Istiadat dimulakan dengan perbarisan keluar anggota pengawal lama dari dalam pekarangan istana yang mengambil kedudukan di hadapan pintu utama dan kemudian disertai anggota pengawal baharu yang mengambil kedudukan berhadapan mereka.
 
Ia kemudian disusuli upacara penyerahan panji-panji sebagai simbolik pertukaran pasukan Pengawal Istana lama dan Pengawal Istana baharu, dengan disaksikan Pegawai Memerintah 1 RAMD Kolonel Mohd Fuad Md Ghazali dan Pegawai Memerintah SIB Leftenan Kolonel Shahrul Azudin Maulod.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121