LAWATAN KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG MENGUKUHKAN KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA DAN EMIRIAH ARAB BERSATU

LAWATAN KHAS YANG DI-PERTUAN AGONG MENGUKUHKAN KERJASAMA STRATEGIK MALAYSIA DAN EMIRIAH ARAB BERSATU

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Pemerintah Abu Dhabi, semalam (23 Disember).
Titah Seri Paduka Baginda, pertemuan itu membentuk landasan kerjasama yang lebih berpandangan jauh dan strategik, serta memperkukuhkan lagi hubungan dua hala sekaligus mencerminkan semangat saling menghormati antara Malaysia dan UAE.
Sultan Ibrahim turut bertitah pertemuan empat mata dengan Sheikh Mohamad telah menyentuh soal kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan, dan keterjaminan makanan.
“Kami juga berkongsi pelbagai perkara lain termasuk melihat usaha untuk mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan,” titah Seri Paduka Baginda.
Pertemuan Yang di-Pertuan Agong bersama Sheikh Mohamed berlangsung hampir satu jam di Istana Qasr Al Bahr, Abu Dhabi, bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda yang bermula semalam, atas jemputan khas daripada Presiden UAE itu.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121