LAWATAN RAJA PERMAISURI AGONG KE SAMARKAND

LAWATAN RAJA PERMAISURI AGONG KE SAMARKAND

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Samarkand, Uzbekistan, semalam (7 Mei).
Lawatan ke daerah berkenaan adalah bersempena Lawatan Khas Seri Paduka Baginda ke negara Asia Tengah itu yang berakhir hari ini.
Lokasi pertama yang menjadi persinggahan keberangkatan Raja Zarith Sofiah adalah Kompleks Imam Bukhari, sebuah pusat yang menjadi tumpuan pelancongan dan penyelidikan ilmu Islamiah, serta turut menempatkan makam cendekiawan tersohor itu.
Kompleks peringatan itu juga mempunyai sebuah masjid dan pusat pengajian hadis.
Raja Permaisuri Agong kemudian berangkat ke Registan Square, di pusat bandar Samarkand yang menyaksikan pelbagai lembaran sejarah termasuk pembinaan tiga struktur madrasah yang kini menjadi identiti lokasi ikonik Uzbekistan.
Seri Paduka Baginda telah berangkat pulang ke Malaysia, menaiki pesawat yang berlepas pada jam 10.30 pagi waktu Uzbekistan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121