MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SEBENAR YANG DI-PERTUAN AGONG

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN SEBENAR YANG DI-PERTUAN AGONG
 
Bahagian Hal Ehwal Islam Istana Negara menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sebenar KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Surau Utama Istana Negara, hari ini (21 November).
 
Hadir sama, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Zulharry Abdul Rashid, Penasihat Undang-Undang; Laksamana Pertama Razib Tahir, Juruiring Tentera Laut dan Encik Mohd Hafizsyafuddin Suhaimi, Ketua Pegawai Pentadbir Istana Negara.
 
Turut hadir, Dr. Nadia Monira Mohamed Taib, Setiausaha Sulit kepada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong; Ustaz Razi Hasan, Penolong Pegawai Agama Istana Negara dan pegawai serta kakitangan Istana Negara.
 
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat turut diserikan dengan penyertaan pelajar dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP seramai 40 orang.
 
Majlis telah dipimpin oleh Ustaz Razi Hasan, Penolong Pegawai Agama Istana Negara.
 
Tarikh 22 November merupakan hari keputeraan sebenar KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121