MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI YANG DI-PERTUAN AGONG
Majlis bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026 telah diadakan di Masjid Negara, hari ini (21 Mei).
Majlis yang diadakan selepas Solat Fardhu Asar telah dipimpin oleh Ustaz Hassan Fadly Abdul Rahman, Imam Masjid Negara.
Majlis bacaan yasin dan doa selamat berkenaan telah dihadiri kira-kira 500 tetamu antaranya YB Marhamah Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Hadir sama, Ketua-Ketua Perkhidmatan termasuk Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera dan Dato’ Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Majlis turut dihadiri Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Jabatan dan agensi serta Duta-duta asing ke Malaysia.
Turut hadir, Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Pegawai-pegawai kanan Istana Negara.
Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat merupakan salah satu daripada lima acara sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2026.
