Meskipun jadual rasmi yang padat dengan pelbagai urusan kenegaraan dan tanggungjawab rasmi, namun KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut mengimbangi masa berkualiti bersama keluarga.
Pada hari ini (18 Februari), Seri Paduka Baginda bersama KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah meluangkan masa santap pagi bersama paduka anakanda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Nilai kekeluargaan serta keseimbangan antara tugas sentiasa menjadi keutamaan Seri Paduka Baginda berdua.
