PROGRAM BRISK WALK 4.0 ISTANA NEGARA ANJURAN KEKSIN SEMPENA KARNIVAL SUKAN ISTANA NEGARA

PROGRAM BRISK WALK 4.0 ISTANA NEGARA ANJURAN KEKSIN SEMPENA KARNIVAL SUKAN ISTANA NEGARA

Kelab Kebajikan dan Sukan Istana Negara (KEKSIN) hari ini (13 Februari) telah menganjurkan program Brisk Walk 4.0 Istana Negara.
Program telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara selaku Penaung KEKSIN. Turut hadir Puan Sri Datin Dato’ Dr Hajah Noor Azizah Abdul Latiff.
Program brisk walk berkenaan merupakan acara pertama sempena Karnival Sukan Istana Negara yang akan diadakan pada bulan April 2026.
Program berkenaan telah melibatkan penyertaan lapan rumah sukan iaitu kira-kira 300 peserta terdiri daripada warga Istana Negara, pasukan keselamatan dan petugas pengurusan fasiliti.
Rumah sukan yang terlibat adalah 𝐵𝑙𝑢𝑒 𝐷𝑟𝑎𝑔𝑜𝑛; 𝑊ℎ𝑖𝑡𝑒 𝑊𝑜𝑙𝑓; 𝑅𝑒𝑑 𝑆𝑐𝑜𝑟𝑝𝑖𝑜𝑛; 𝐵𝑙𝑎𝑐𝑘 𝑃𝑎𝑛𝑡ℎ𝑒𝑟; 𝑂𝑟𝑎𝑛𝑔𝑒 𝑇𝑖𝑔𝑒𝑟; 𝐺𝑟𝑒𝑒𝑛 𝑆𝑛𝑎𝑘𝑒; 𝑃𝑢𝑟𝑝𝑙𝑒 𝑆𝑡𝑎𝑙𝑙𝑖𝑜𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑌𝑒𝑙𝑙𝑜𝑤 𝐿𝑖𝑜𝑛.
Hadir sama, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela; Encik Zulkifly Yunus, Pengerusi KEKSIN; Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara; Datuk Wira Haji Nazim Mohd Alim, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Datuk Zulharry Abdul Abdul Rashid, Penasihat Undang-undang.
Objektif penganjuran program ini selain daripada mengukuhkan ikatan ukhwah di kalangan warga Istana Negara, ianya juga dapat melahirkan warga kerja Istana Negara yang sihat.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121