RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI, JEMAAH MENTERI, KETUA PERWAKILAN ASING DAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan di Dewan Santapan Utama, Istana Negara, hari ini (25 Februari).
Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Dato’ Seri Fadillah Yusof.
Majlis turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yemen, Qatar, Bahrain, Mesir, Indonesia, Palestin, Brunei, Turkiye, Arab Saudi, Maldives, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Azerbaijan.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama tetamu-tetamu jemputan yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan di Surau Utama Istana Negara.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan berangkat ke Dewan Santapan Utama bagi majlis berbuka puasa.
