RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN SIJIL PANDU PUTERI RAJA

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE MAJLIS PENGURNIAAN SIJIL PANDU PUTERI RAJA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sijil Pandu Puteri Raja yang berlangsung di Istana Negara, hari ini (27 April).
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) serta Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM.
Hadir sama, YM Dato’ Tengku Shireen Binti Almarhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman, Timbalan Yang Dipertua PPPM.
Turut berangkat, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertua Pandu Puteri Terengganu.
Pada majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Sijil Pandu Puteri Raja kepada 61 penerima terdiri daripada pelajar sekolah dari seluruh negara.
Penganugerahan Sijil Pandu Puteri Raja ini merupakan pengiktirafan tertinggi kepada ahli PPPM atas pencapaian cemerlang mereka, khususnya dalam aspek kepimpinan, disiplin dan sahsiah diri yang unggul.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121