RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MELAWAT MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat Masjid Sheikh Zayed, di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari ini (9 Februari).
Masjid yang dibuka pada tahun 2007 itu adalah hasil visi pengasas negara itu, Sheikh Zayed bin Sultan Al-Nahyan, dan merupakan salah sebuah masjid terbesar di dunia yang mampu memuatkan kira-kira 55,000 jemaah.
Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Keberangkatan tiba rombongan diraja telah disambut oleh Dr Yousif Abdallah Alobaidli, Ketua Pengarah Masjid Sheikh Zayed, dan Raja Permaisuri Agong telah meluangkan masa kira-kira satu jam untuk dipersembahkan taklimat sambil meninjau persekitaran masjid itu.
