RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MENYAKSIKAN PASUKAN JMR DI SIRI PERLUMBAAN ASIAN LE MANS 2026

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MENYAKSIKAN PASUKAN JMR DI SIRI PERLUMBAAN ASIAN LE MANS 2026

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke siri perlumbaan Asian Le Mans (ALMS) 2026 di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 7 dan 8 Februari baru-baru ini.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda bagi menyaksikan paduka anakanda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor beraksi bagi pasukan Johor Racing (JMR).
Turut berangkat sama, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim bersama suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.
Siri perlumbaan Asian Le Mans adalah merupakan siri serantau yang bertumpu di Malaysia (Sepang) dan UAE sebagai kelayakan ke perlumbaan berprestij Le Mans 24 Jam di Perancis.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121