RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MENZIARAHI PUSARA PROFESOR DR MASPUTERIAH HAMZAH

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT MENZIARAHI PUSARA PROFESOR DR MASPUTERIAH HAMZAH
 
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat menziarahi pusara Allahyarhamah Profesor Dr Masputeriah Hamzah di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini (27 November).
 
Allahyarhamah, yang meninggal dunia pada 19 November baru-baru ini, merupakan mantan Pengarah Hal Ehwal Korporat Universiti Tekonologi Malaysia (UTM) dan juga sahabat karib Seri Paduka Baginda.
 
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong telah disambut oleh ahli keluarga, diketuai oleh Encik Ramli Jamaludin, duda kepada Allahyarhamah, bersama dua orang anaknya.
 
Turut diadakan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Tuan Haji Razi Hassan, Penolong Pegawai Agama Islam Istana Negara, sebelum Seri Paduka Baginda meletakkan bunga dan menyiram air mawar ke atas pusara Allahyarhamah.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121