RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT ZIARAH MANTAN PENGIRING RAPAT BAGINDA YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT ZIARAH MANTAN PENGIRING RAPAT BAGINDA YANG TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarahi Sarjan Anis Nazia Mohd Nazri, mantan Pengiring Rapat Seri Paduka Baginda di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini (24 Januari).
Sarjan Anis Nazia, 39, pernah berkhidmat sebagai Pengiring Rapat kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di Johor bermula pada tahun 2008 hingga 2018.
Sarjan Anis Nazia yang ketika ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dimasukkan ke unit rawatan rapi HKL akibat pendarahan otak selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 14 Januari di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Dr. Harikrishna K.R Nair, Pengarah HKL dan Dato’ Mohd Azani Omar, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda mendoakan semoga Sarjan Anis diberi kesembuhan segera dan dapat kembali bertugas seperti sedia kala serta dipermudahkan segala urusan beliau dan keluarga.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121