RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN MALAM AMAL YAYASAN SULTANAH BAHIYAH TAHUN 2025

RAJA PERMAISURI AGONG BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS SANTAPAN MALAM AMAL YAYASAN SULTANAH BAHIYAH TAHUN 2025
 
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam Amal Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) tahun 2025 di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur, hari ini (17 November).
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah merangkap Pengerusi YSB dan Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Dzulkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah, Raja Dihilir Perak.
 
Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah; Duli Yang Amat Mulia Tunku Soraya Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Puan Muda Perak dan YAM Datin Seri Diraja Puan Sri Dato’ Nora Abdullah, Toh Puan Bendahara Kedah.
 
Turut berangkat, Yang Teramat Mulia Datin Paduka Dato’ Tunku Nafisah Binti Almarhum Sultan Badlishah; Yang Amat Mulia Dato’ Seri Ir. Raja Jamil Ariffin Ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan Datin Seri Fazilah Hani Binti Dato’ Harun.
 
Hadir sama, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Pada majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan menyempurnakan pelancaran Logo 30 tahun (Jubli Mutiara) penubuhan YSB.
 
YSB berperanan sebagai sebuah yayasan yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kebajikan melalui pendidikan, pembangunan komuniti, kesihatan, belia dan inisiatif latihan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121