RAJA PERMAISURI AGONG BERTEMU WANITA PERTAMA UZBEKISTAN

RAJA PERMAISURI AGONG BERTEMU WANITA PERTAMA UZBEKISTAN

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat mengadakan pertemuan bersama Puan Yang Terutama Ziroat Mirziyoyeva, Wanita Pertama Uzbekistan, pada hari ini (4 Mei).
Pertemuan bersempena Lawatan Khas Raja Permaisuri Agong ke negara Asia Tengah itu berlangsung di Galeri Seni Okhun Gozar, di mana Seri Paduka Baginda diberi penerangan berkenaan budaya seni serta busana tempatan Uzbekistan.
Turut hadir, Saida Mirziyoyeva, anak kepada Presiden dan Wanita Pertama Uzbekistan yang juga Ketua Pentadbiran Presiden Uzbekistan.
Raja Zarith Sofiah kemudian diraikan oleh PYT Ziroat dalam satu majlis santapan tengah hari di Tashkent City Congress Centre.
PYT Ziroat Mirziyoyeva adalah isteri kepada Presiden Shavkat Mirziyoyev yang mengetuai kerajaan Uzbekistan sejak tahun 2016.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121