RAJA PERMAISURI AGONG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH YAYASAN KANSER TUNKU LAKSAMANA JOHOR

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) bagi tahun 2025/2026 pada hari ini (22 Januari).
Mesyuarat yang berlangsung di Istana Polo, Pasir Pelangi turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah TLJCF, Dato’ Ismail Karim dan Dato’ Dr Mohd Khairi Yakub dan Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa serta Ketua Pegawai Eksekutif TLJCF, Mohd Ikmal Izam Zaini.
Hadir sama, setiausaha syarikat, Lilian Low, juruaudit syarikat, Huang Shze Jun serta ketua-ketua unit TLJCF.
Pembentangan laporan prestasi serta pencapaian TLJCF bagi tahun 2025 turut dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Antara aktiviti dan program yang telah dilaksanakan TLJCF seperti Perancangan Sambutan 10 Tahun Penubuhan, Laksamana Run, Konsert Amal dan program kesedaran kanser.
TLJCF turut melaporkan keberkesanan program sokongan komuniti melalui siri lawatan kebajikan ke rumah dan wad pesakit yang dijalankan secara konsisten sepanjang tahun.
Selain itu, mesyuarat turut membentangkan perancangan strategik bagi tahun 2026 yang akan memberi tumpuan kepada baik pulih kemudahan fasiliti bagi pesakit kanser, program bagi mengumpul dana dan inisiatif sokongan pesakit bagi memastikan bantuan dapat disampaikan secara lebih meluas.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2016, TLJCF telah berjaya membantu lebih 4,839 kes melibatkan peruntukan dana melebihi RM13.5 juta.
Dana berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya bagi membiayai kos rawatan pesakit serta penyediaan kemudahan fasiliti di hospital-hospital kerajaan di negeri Johor.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121