RAJA PERMAISURI AGONG MENEKANKAN KEPENTINGAN ADAB SEIRING KEMAJUAN YANG DICAPAI
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah menitikberatkan kepentingan adab seiring dengan kemajuan inovasi yang dicapai selain membimbing masa depan dalam dunia yang kian berubah.
"Setiap kejayaan besar daripada kemajuan hendaklah hadir bersama persoalan yang berpanjangan tentang kebenaran, autoriti yang berhak dan keadilan. Apa jua bentuk kemajuan yang kita capai, ia mesti dipandu oleh adab,” titah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bertitah demikian pada Titah Diraja Majlis Perasmian Festival Idea Putrajaya 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada hari ini (6 November).
Berangkat sama mengiringi Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
Pada Titah Diraja, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menekankan kepentingan adab dalam penggunaan media sosial.
Seri Paduka Baginda memetik kata-kata Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dari Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) UTM, iaitu “Kata-kata dan tindakan kita adalah cerminan fikiran dan jiwa kita”.
"Kehilangan adab akan melahirkan kezaliman dan ia merupakan kesalahan serius dalam Islam kerana Allah SWT memerintahkan umat Islam untuk berlaku adil walaupun terhadap sesuatu atau seseorang yang kita benci.
"Dalam penyelidikan dan inovasi, adab menuntut kita agar telus tentang kaedah yang digunakan, sedar akan batas kemampuan kita, bertanggungjawab dan memberi perhatian serta memperjuangkan suara-suara minoriti,” titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, bertitah malah sarjana Islam juga mengingatkan untuk mengamalkan adab dalam segala urusan dan dalam setiap aspek kehidupan.
Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menyeru untuk mengamalkan etika dalam teknologi kecerdasan buatan (AI), mengikut rangka kerja yang diperkenalkan UNESCO iaitu menegakkan martabat manusia sebagai teras utama.
Pada majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut dipersembahkan dengan sesi persidangan daripada Panelis DiRaja iaitu Shaykh Prof Dr Hisham A Hellyer dari Royal United Services Institute (RUSI) London, United Kingdom dan Prof Madya Dr Khairudin Aljunied
dari National University of Singapore.
Turut hadir, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan Tan Sri Azman Mokhtar Pengerusi, Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
~~~
RAJA PERMAISURI AGONG EMPHASISES THE IMPORTANCE OF ETIQUETTE ALONGSIDE PROGRESS
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah underscored the importance of upholding proper etiquette alongside the advances in innovation, as the nation continues to navigate a rapidly evolving world.
“Every significant achievement born from progress must be accompanied by continuous questioning of truth, rightful authority and justice. Whatever form of advancement we pursue, it must always be guided by adab” Her Majesty said.
Her Majesty delivered the Royal Address at the Opening Ceremony of the Festival of Ideas Putrajaya 2025, held today (6 November) at the Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Accompanying Her Majesty was Her Highness Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor.
During the address, Her Majesty, who also the Chancellor of Universiti Teknologi Malaysia (UTM), highlighted the importance of adab in the use of social media.
Quoting Professor Dr Wan Mohd Nor Wan Daud from the Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) at UTM, Her Majesty said:
“Our words and actions are reflections of our thoughts and our soul.”
“The loss of adab leads to injustice, which is a grave wrongdoing in Islam — for Allah SWT commands that justice be upheld, even towards those we dislike.
“In research and innovation, adab requires that we remain transparent about our methods, conscious of our limitations, responsible in our pursuits, and attentive to — as well as advocates for — minority voices,” said Her Majesty.
Her Majesty further noted that Islamic scholars throughout history have consistently reminded the ummah to practice adab in all dealings and aspects of life.
Additionally, Her Majesty urged for ethical implementation of artificial intelligence (AI), in accordance with the framework introduced by UNESCO, which places human dignity as its core principle.
The programme also featured presentations by Royal Discussant, Shaykh Professor Dr Hisham A. Hellyer from the Royal United Services Institute (RUSI), London, United Kingdom, and Associate Professor Dr Khairudin Aljunied from the National University of Singapore.
Also in attendance were the Minister of Higher Education, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, and Chairman of Universiti Teknologi Malaysia Board of Directors, Tan Sri Azman Mokhtar.
