RAJA PERMAISURI AGONG SANTUNI 100 PEJUANG KANSER PADA MAJLIS JAMUAN SAMBUTAN AIDILFITRI
KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Aidilfitri Pejuang-Pejuang Kanser yang berlangsung di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada hari ini (16 April).
Majlis anjuran Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF) itu merupakan komitmen berterusan dalam memupuk semangat kebersamaan serta menzahirkan sokongan moral terhadap komuniti pesakit kanser di negeri ini.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan tunai serta cenderahati kepada 100 pejuang kanser.
Selain bertujuan meraikan para pejuang dalam suasana Syawal, majlis turut menjadi platform bagi menghimpunkan rakan-rakan strategik TLJCF bagi memperkukuh jaringan sokongan kebajikan pesakit kanser secara menyeluruh.
Suasana majlis turut diserikan dengan persembahan Yayasan Warisan Johor serta penampilan istimewa pemain biola Adawiya Farikh.
Turut mencuri tumpuan adalah persembahan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kg Sawah dipimpin oleh Jurulatih
Tari Bebas, Mohd Nurakmal Daim, yang juga bekas pejuang kanser Limfoma tahap 4.
