RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT TIBA DI ISTANBUL BAGI LAWATAN KHAS

RAJA PERMAISURI AGONG SELAMAT TIBA DI ISTANBUL BAGI LAWATAN KHAS

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah selamat tiba di Istanbul hari ini (23 Mei) bagi lawatan khas selama tiga hari.
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Pesawat peribadi Seri Paduka Baginda selamat mendarat di “Presidential State Guesthouse” Lapangan Terbang Istanbul pada jam 6.10 petang waktu Turkiye (11.10 malam di Malaysia).
Keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong telah disambut oleh Mehmet Zahid Uzun, Timbalan Pengarah Kementerian Luar Negeri Turkiye, dan Mustafa Kaya, Timbalan Gabenor Istanbul.
Turut hadir bagi menyambut keberangkatan tiba Raja Permaisuri Agong - Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; Ahmad Amiri Abu Bakar, Konsul Jeneral Malaysia di Istanbul; Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, dan Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa, Pengelola Bijaya Diraja Istana Johor.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121