RAJA PERMAISURI AGONG SEMPURNAKAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-69 UTM
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke-69 pada hari ini (15 November).
Seri Paduka Baginda yang juga Canselor UTM berkenan mengurniakan Ijazah Doktor Kehormat kepada Tuan Masahiko Horie, Mantan Duta Besar Jepun ke Malaysia.
"Tuan Masahiko Horie amat sinonim dengan UTM kerana beliau merupakan tokoh penting dalam penubuhan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) pada tahun 2010."
"Hasil daripada kerjasama ini, UTM telah berjaya menjalin hubungan strategik dengan pelbagai institusi pendidikan terkemuka di Jepun seperti Universiti Tsukuba, Universiti Tokyo, Universiti Meiji dan beberapa universiti ternama yang lain."
Baginda bertitah demikian dalam titah ucapan sebelum penganugerahan ijazah kepada 343 graduan.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Profesor Datuk Datuk Dr Mohd Tajudin Md Ninggal, Dr. Awaluddin Mohamed Shaharoun dan Profesor Dr. Ghazali Sulong.
Turut berangkat, YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor yang juga Pro-Canselor UTM.
