RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA ISTANA NEGARA

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP DATUK PENGELOLA BIJAYA DIRAJA ISTANA NEGARA 

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap Tan Sri Dato’ Dr Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara dan Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara.
Hadir sama, Puan Sri Datin Dato’ Dr Azmi Rohani, isteri Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.
Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima persembahan kek dan pulut kuning daripada Pengurusan Tertinggi serta warga Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Raja Permaisuri Agong pada hari ini (14 Ogos) di Istana Bukit Serene, Johor.
Tan Sri Dato' Dr Azmi yang mewakili seluruh warga Istana Negara turut mendoakan kesejahteraan Seri Paduka Baginda semoga dikurniakan keafiatan dan kebahagiaan berpanjangan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121