RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP MANTAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI JOHOR
KDYMM SPB Seri Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap
Dato’ Asman Shah Abd Rahman, mantan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor dan isteri, Datin Halimah Mohamed Rasip.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berlangsung di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini (1 Mei).
Dato’ Asman Shah yang berkhidmat sebagai SUK ke-25 sejak Julai 2025 bersara wajib pada Februari lalu.
