RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP ROMBONGAN PUSAT KELESTARIAN JOHOR

RAJA PERMAISURI AGONG TERIMA MENGADAP ROMBONGAN PUSAT KELESTARIAN JOHOR
 
KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap rombongan Pusat Kelestarian Johor (Johor Sustainability Centre) di Istana Negara, hari ini (16 Oktober).
 
Diketuai oleh Datuk Seri Utama Ir. Hasni Mohammad, Pengerusi Eksekutif Johor Sustainability Centre Sdn Bhd, Seri Paduka Baginda dipersembah maklum tentang inisiatif serta perancangan dasar-dasar kelestarian di negeri Johor.
 
Turut hadir, Dato’ Ramlee A. Rahman, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd dan Prof Madya Ar. Dr. Lim Yaik Wah, Ketua Jabatan (Seni Bina) Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
 
“Antara perkara yang dibincangkan adalah perancangan pengenalan Raja Zarith Learning Centre dengan bangunan rendah karbon sebagai sebuah pusat pembelajaran dan interaksi bagi belia dan pelajar di kawasan perumahan rakyat,” kata Dato’ Hasni.
 
Tuanku Permaisuri Agong turut dipersembah maklum tentang Polisi Pembangunan Hijau Johor 2030.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121