RAJA PERMAISURI AGONG ZIARAH PESAKIT KANAK-KANAK DI HTAKL

KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menziarah pesakit pediatrik di Hospital Tunku Azizah (HTA) Kuala Lumpur hari ini (20 Mac).

Seri Paduka Baginda melawat lebih 50 pesakit kanak-kanak bersama ibu bapa dan penjaga mereka.

Raja Zarith Sofiah turut berkenan mengurniakan sumbangan bersempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda turut diiringi Dato’ Dr Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia; Datin Paduka Dr Rohana Johan, Ketua Pengarah HKL dan Dr Shamsul Anuar bin Kamarudin, Pengarah HTA, serta Tn Hj Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121