“SEBARANG USUL MENGIKTIRAF SISTEM PENDIDIKAN LAIN MESTI MENERIMA BAHASA MELAYU DAN SEJARAH MALAYSIA” - YANG DI-PERTUAN AGONG

“SEBARANG USUL MENGIKTIRAF SISTEM PENDIDIKAN LAIN MESTI MENERIMA BAHASA MELAYU DAN SEJARAH MALAYSIA” - YANG DI-PERTUAN AGONG

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah sebarang usul mengiktiraf apa jua sistem pendidikan selain daripada yang sedia ada, mesti menerima Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia.
Bertitah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 pada hari ini (19 Januari), Seri Paduka Baginda bertitah sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara.
“Jika hendak buat sistem pendidikan yang baharu, ianya mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah Bahasa Kebangsaan.
“Kalau ada yang tidak menerima Bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121